BAB KEDUA : Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang di Asaskan oleh al-Khomeini
Pelbagai cerita dan
kisah yang menunjukkan Syiah bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama
sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata menjayakan
misinya, lebih-lebih lagi mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok
Ahli Sunnah wal Jamaah.
Antara mereka yang
tidak akan dilupakan dalam memori umat Islam adalah Nasiruddin al-Tusi yang
pernah menolong Hulagu Khan demi menggulingkan khalifah Abbasiah kerana
semata-mata bermusuhan dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.[1]
Begitu juga Muhammad
Ibn ‘Alqami yang telah mengkhianati khalifah Abbasiah ketika itu demi menolong
Tatar menjatuhkan pemerintahan Abbasiah[2].
Kedua-dua mereka adalah merupakan menteri kepada al-Mu’tasim Billah.
Setelah Monggol
berkuasa menjatuhkan kerajaan Abbasiah, mereka berdua dilantik sebagai Gabenor
sebagai penghormatan dan imbalan ketika zaman pemerintahan Monggol.
Namun al-Khomeini
dalam kitabnya ada menyebutkan dengan mengagung-agungkan pengkhianat kepada
umat Islam : “Sekian orang akan merasa kerugian atas kehilangan
al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah
menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.[3]
Sultan Abdul Hamid[4] dalam
peringatannya : “Sesungguhnya permusuhan antara kerajaan Safavid
(Syiah) dan Uthmaniah (Sunni) bukanlah untuk kepentingan umat Islam tetapi
merupakan keperluan kepada kufur dan kaumnya.”
Kita sebenarnya tidak
menginginkan persengketaan antara Syiah dan Sunni, akan tetapi al-Khomeini
telah mencetuskan kembali konflik tersebut bahkan menjadikannya sebagai satu
kewajipan kepadanya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam seluruhnya.
Begitulah kanvas
sejarah telah memprtontonkan kepada kita pengkhianatan Syiah Safavid yang
bekerjasama dengan Belanda menentang kerajaan Islam Uthmaniah. Bahkan sebelum
itu mereka telah berperanan menatuhkan kerajaan Abbasiah lalu berterusan ke
zaman Salahuddin al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiah.
Seterusnya membawa
kepada jangka masa yang panjang dan diteruskan lagi oleh al-Khomeini sekarang.
Antara pendirian pelik
dan konflik yang telah dilakukan oleh al-Khomeini / Khomeinisma :
1. Semangat ingin
menguasai Dunia Islam dan berusaha ingin menyebarkan fahamannya
Apa yang berlaku di
Turki, Lubnan dan Syiria, begitu juga proses Revolusi Iran, peperangan di
Iraq, merupakan langkah awal bagi al-Khomeini untuk mengusai dunia Islam
dan menyebarkan fahamannya. Mereka mula membenihkan pelbagai propaganda dan
memaksa Sunni untuk bersama memeluk Syiah.
Mereka telah
mewujudkan Gerakan Amal Syiah[5] dan
Gerakan Hizbullah[6]merupaka
gerakan bersenjata Syiah yang kononnya diasaskan di Lebanon untuk membantu
rakyat Palestin yang ditawan dengan mendapatkan bantuan daripada Syria. Namun
tujuan sulit sebenar mereka adalah untuk mengadakan proses penjernihan daripada
rakyat Sunni secara sulit di Beirut melalui cara ketenteraan[7].
Mereka juga
mendapatkan bantuan daripada kerajaan Syiah Syria untuk penyingkiran
kelompok Sunni di Tripoli (Lebanon Utara). Dalam masa yang sama, bantuan
ketenteraan melalui Gerakan Amal Syiah dan Hizbullah disalurkan kepada Israel
untuk membasmi Sunni dibumi Palestin.
Dendam mereka kepada
Sunni yang membuak menggalakkan kerajaan Syiah Syria juga berusaha sedaya upaya
membantu penyingkiran Kerajaan Turki dengan menolong parti-parti berhaluan kiri
dan Armenia. Mereka masuk meresap kedalam pelbagai pertubuhan dan
kumpulan-kumpulan yang melampau sebagai propaganda menimbulkan provokasi kepada
kerajaan Uthmaniah.
Syiah juga melalui
perancangannya untuk menghapuskan kelompok Sunni di Sind, salah satu wilayah di
Pakistan, dengan menyertai parti-parti disana dan mewujudkan gelombang
penentangan terhadap Sunni agar mereka dapat kekal dan berpengaruh di
Paskistan.
Catatan paling hitam
penah berlaku apabila tercetusnya peperangan Syiah Iran dan Sunni Iraq sehingga
Iran mengugut dan mengancam bagi mendapatkan teluk-teluk yang bersempadanan.[8] Ianya
meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada umat Islam terhadap peang saudara
yang berlaku itu.
Itulah revolusi yang
telah dilakukan oleh puak Syiah demi meluaskan pemerintahan mereka dan
menguasai seluruh semenanjung Tanah Arab dan Dunia Islam.
2. Strategi pakatan
yang jahat (Tahaluf)
Demi melunaskan
hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi
mencapai keinginannya untuk memerintah Negara-negara Islam yang lain. Disana
dalam sejarah telah tercatat bahawa al-Khomeini melalui kerajaan Republik Iran
melakukan banyak pakatan.
Pasti kita akan dapati
mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara
Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan Syiah
Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika).[9]
Apa yang kita dapati,
terdapatnya delegasi daripada Soviet Union yang datang ke Iran, begitu juga
delagasi Iran sentiasa mengunjungi Soviet Union.
Semua ini adalah bukti
daripada keinginan dan hasrat al-Khomeini demi mendapatkan seluruh Dunia Islam
dalam menyebarkan fahamannya dan mengusai dunia umat Islam dengan pelbagai cara
dan bermacam-macam pakatan rahsia. Ianya benar-benar bertentangan dengan slogan
dan dakwaannya ketika mula-mula mencetuskan era Revolusi Iran dahulu.
3. Kemajuan umat
Islam dan kekayaan mereka dirampas
Kekayaan umat Islam
terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini. Al-Khomeini mempergunakan
hasil bumi negara dan menguasai ekonomi rakyat untuk melunaskan kehendaknya
yang ingin berkuasa.
Dia sanggup
mencagarkan pelbagai janji demi meminta pertolongan daripada kerajaan-kerajaan
besar dunia ketika itu (Russia) dalam tempoh dan jangka masa yang panjang
sehinggalah berkahirnya peperangan.[10]
Peperangan tersebut tidak ada keuntungan langsung kepada kebangkitan Islam
melainkan memberi pengaruh dan keluasan kepada kuasa-kuasa besar ketika itu
untuk menebus balik apa yang dipinjamkannya dengan beberapa siri perkomplotan
dan kerjasama.
Bahkan kebangkitan
umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah dalam gelanggang
kebangkitan umat Islam pasca moden.
4. Melembapkan
kebangkitan Islam
Sebelum kedatangan
al-Khomeini, dunia Islam ketika itu sedang membina tenaga dan posisi
masing-masing disetiap penjuru-penjuru dunia umat Islam demi kebangkitan Islam.
Namun, apabila
munculnya al-Khomeini, dia telah membawa satu gambaran buruk kepada sebuah
bentuk pelaksanaan sistem Republik Iran teokratis. Ini telah melembabkan
kebangkitan umat Islam apabila dalam dustur (perlembagaan)
yang dipindanya banyak membawa kepada ketidakseimbangan politik umat Islam
ketika itu.
Penglibatan Syiah
dipersada gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden ini tidak menunjukkan
sesuatu perubahan positif melainkan umat Islam dimusibahkan dengan pelbagai
kerugian. Yang untung hanyalah Syiah semata-mata.
Ketika mana ada
tangan-tangan mujaddid dan reformasi yang ingin mengembalikan kedaulatan Islam,
lalu disekatnya dan dibantutkan perancangan tersebut dengan pelbagai cara dan
helah.
Antara strategi dan
perancangannya sejak awal lagi adalah dengan meletakkan mazhab Syiah sebagai
tunjang dan akta dalam perlembagaan negaranya. Minoriti daripada pihak Sunni
disana dinafikan hak-hak mereka.
Sebagaimana yang
diketahui, tidak ada walaupun satu daripada masjid kepada penduduk Sunni.
Begitulah sepanjang tempoh pemerintahannya, dia menyempitkan pengamalan bagi
puak-puak yang tidak sealiran dengan mazhab mereka dengan pelbagai kongkongan
tanpa diberikan peluang.
Dalam pentadbirannya,
kesemua kanak-kanak telah dikerah dan dipaksa untuk direkrut sebagai tentera
sebelum mencapai usia dewasa. Kehidupan remaja mereka dikekang dengan pelbagai
latihan-latihan ketenteraan.
Al-Khomeini sentiasa
menghadang telinga dan menutupnya daripada mendengar rintihan suara-suara yang
menginginkan hak mereka yang diabaikan didengari. Apa yang kita dapati sekarang
bahawasanya dunia sedang mencemuhnya dengan pelbagai cacian dan penghinaan akibat
daripada kekerasaan sistem perundangan yang dipeloporinya.
5.Pura-pura (Taqiyyah) dan
Persenjataan.
Kebanyakan daripada
puak Syiah, mereka telah memanipulasi konsep taqiyyah (berpura-pura)
melebihi daripada apa yang diharuskan dalam syariat Islam. Apa yang kita dapati
selepas Revolusi Iran, al-Khomeini mengharuskan penipuan dan kepua-puraan dalam
apa jua keadaan sehingga menjangkau kepada penglibatan senjata api.
Apa yang berlaku,
pemerintahan puak al-Nasiriah di Syria, Gerakan Amal Syiah, Gerakan Hizbullah,
kerajaan Iran menggunakan konsep taqiyyahtersebut untuk mengadakan
kerjasama dan kesepakatan bersama Israeil secara rahsia untuk mendapatkan
bekalan persenjataan. Itulah yang berlaku sekarang.
Mereka sentiasa
ber taqyyiah dalam slogan memerangi golongan-golongan anti
Islam dan isme-isme berhaluan kiri namun apa yang berlaku adalah sebagai
mengaburi mata umat Islam semata. Sedangkan mereka bersembunyi dengan penipuan
tersebut utk menjaga modus operandi utama mereka menawan seluruh dunia
Islam.
Kita boleh lihat apa
yang telah dan sedang berlaku di Syria, Turki, Pakistan, Afghanistan dan
lain-lain negara umat Islam. Mereka meresap masuk secara sulit dalam
parti-parti dan kumpulan-kumpulan NGO disana. Mereka menjalankan beberapa
perancangan dan strategi secara halus bagi menguasai kelompok-kelompok tersebut
untuk mencapai kehendak mereka.
Nasihat Saied Hawwa
kepada pemuda-pemudi Islam
"Seharusnya umat
Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh
al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran keatas umat Islam. Kegilaan
ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah
umat Islam daripada disengat dalam satu lubang dua kali.
Begitulah sebagaimana
dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh
al-Khomeini yang akan mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat
islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli
Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini
tersebut dan menyanka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar.
Jangan terpedaya
dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah
“Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan
slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli
Sunnah wal Jamah).
Wahai para pemuda,
idamlah kamu semua akan sebuah Daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh
al-Khomeini yang mengispirasikan Daulah Islam yang Batil yang akan membawa umat
Islam terkebelakang.
Cukuplah sekadar
al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling
tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada
Iran melainkan setelah melakukan elbagai kekacauan, kerosakan dan wala’(tunduk)
kepada musuh-musuh Allah."
Daripada Anas bin
Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Bahawasanya Dajjal akan
keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan
(Khurasan)”.[11]
Bersambung
pada Bab Penutup… (nasihat Saied Hawwa supaya berpegang dengan aqidah Ahli
Sunnah al Jamaah)
Wallahu a'lam
Diterjemahkan oleh :
Muhammad Zuhairi bin
zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM
[1] Peperangan
tersebut berlaku selama 40 hari sehinggalah pada tanggal 10 Februari 1259.
Setelah itu, Baghdad dikuasai sepenuhnya secara rasmi oleh Monggol.
[2] Imam
ibn Kathir menyatakan bahawa 800 000 atau 1 00 000 umat Islam terbunuh.
[3] Kitab al-Hukumah
al-Islamiah oleh Ayatullah al-Khomeini : m/s 128
[4] Sultan
Abdul Hamid adalah sultan ke-34 bagi kerajaan Khilafah Uthmaniah. Beliau
merupakan sultan terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak dalam khilafah
Uthmaniah sebelum jatuhnya pada tahun 1924 M.
[5] Gerakan
Amal Syiah diasaskan di Lebanon oleh Musa al-Sadr pada tahun 1975 M disebabkan
konflik bersenjata. Beliau berpegang dengan mazhab Syiah Ja’fariah.
[6] Gerkan
Hizbullah adalah sebuah Parti Politik di Lebanon beroreantasikan persenjataan.
Diasaskan pada 1982 M oleh Hassan Nasrallah melalui inspirasi Revolusi Iran
1979 M.
[7] Peristiwa
ini berlaku di Lebanon pada 1982 M. Pengusiran besar-besaran Sunni disana
melalui persepakatan antara Syiah Isna ‘Asyar, Syiah Nasiriah, Druze, dan
Israel dengan memerangi Organisasi Pembebasan Palestin.
[8] Peperangan
ini dikenali dengan Perang Teluk Pertama. Ianya berlaku pada tahun 1980-1988
[9] Akhbar
al-Ra’y al-Am bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel
kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana
Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi
kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran.
Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel.
Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara
Arab".
[10] Perang
Teluk Pertama (Iran-Iraq) pada tahun 1980-1988 M
[11] Hadis
Sahih riwayat Imam Tarmizi. Ulama’ bersepakat bahawa Isfahan itu adalah
Khurasan yang merupakan kota ketiga terbesar di Iran.